Friday, 21 December 2012

~KESEDIHAN DALAM KESETIAAN~

 Baru  beberapa minit aq clash nie...huhuhuhu..semua nie gara2 KESETIAAN aq yg terlalu memunjak tinggi..huh!!..apa tak nye..nie kali ke2 aq setia pada hal aq tak pernah nak berbaloi bg aq
.Dulu masa aq f2 aq pernah suka pada mamat nie..dan aq adalah orang yang sangat berani jadi aq dengan jujurnya meluahkan apa yang aq rasa melalui kawannya..dye terima.!!
aq kenal melalui phone je..tak pernah rancang nak jumpe kat skolah walaupun kami satu sekolah.aq pun tak pernah nk tanye knapa.Hinggalah satu hari ni..dye mcj aq ckap nk jumpa..aq tunggu kat library..tu datang dye dgn kwan dye,.dye tunggu kat tangga je..yg datang jumpa aq adalah kwan dye..pelik??..lepas tu kwan dye mtk maaf kat aq sbb slama nie dye yg mcj aq bukan "mamat" yg aq suka tu..terhirisnya!!..
Aq tetiba je diam.aq bukan jenis yg cepat melatah..aq turun jumpa dye.aq cakap "kau buatlah aq macam mana sekalipun aq tetap akan tunggu kau"..


~dan ini adalah kesetiaan aq pada lelaki buat pertama kalinya~

Hampir 4tahun lebih aq setia aq jadi mengalah dan berputus asa apabila aq dapat tahu kawan baik aq sendiri telah ad relation dgn dye...msa itu aq form 5..dan bila aq dapat tahu hal itu aq terus keluar g pekan..dan masa tu lah aq jumpa kesetiaan yang memeritkan dalam hidup aq buat kali ke2..dengan memikirkan kesedihan yg aq dapat aq terus terima lelaki ke2 itu..huh!!
masa dengan dye aq setia yg amat sangat.walau aq pernah nampak dye dengn perompuan lain tp aq still bleh terima dye.walau dye pernah masuk penjara.aq still bleh setia.walau tiap2 hari dye buat aq menangis..aq still terima dye..tapi tadi.19hb122012..aq cuba uji kesetiaan dye dengan menjadi orang lain dan cuba 'ejaz' dye..nak tahu??
dye bleh ajak aq couple!!!!...apa nie??setia ke nie??.
dan dye ckap dye tak pernah ad pasangan sepanjang hidup dye..power betol ayat dye kan??
sejak dari saat tu..aq terus off phone sampai sekarang..aq tinggat dye tanpa sebarang penjelasan sbb aq takut dengan perkataan putus yg boleh bt aq menangis lagi..
 
~kesetiaan nie yg paling meyakitkan~


Dan disaat ini aq hanya perlukan ALLAH S.W.T dalam hati aq dan aq sudah tutup hatiku untuk lelaki
hanya tuhanku dihatiku ini dan cukup hanya DIA.

~kini aku mengikut jodoh yang akan ditentukan oleh ibubapaku~

Wednesday, 19 December 2012

~PengEnAlan kePaDA tuAN Blog~

7.15p.m~laungan syahdu azan maghrib mula berkumandang seiring dengan tangisan nyaring bayi dari sebuah rumah di pinggir kota.Seorang puteri yang sampurna sifatnya selamat dikeluarkan oleh seorang bidan kampung dari rahim seorang wanita cantik kacukan india~malay ini(fatimah mohammad).Dengan bersalut darah syahid di tubuh sang puteri,dibawa  untuk disucikan oleh bidan dengan sempurnanya.Diselimutnya sang puteri dengan kain putih menjernihkan lagi wajah kesucian pada wajah sang puteri.

Dihadapkan sang puteri kepada ayahandanya seorang peneroka biasa di kampung pendalaman(rafa mamat)lalu dilaungkan perlahan iqamah di telinga sang puteri.Iringan air mata jatuh seiring di pipi si ayahanda melihat wajah kecil si sang puteri.Dicium-cium sehingga meraung kuat sang puteri lalu baru dihadapkan pada si bonda.Si bonda berketar2 menyambut sang puteri kerana risau akan kecilnya bidadarinya itu lalu diciumnya sama seperti si bapanya.Segala penat dan sakitnya melahirkan si bidadari itu hilang seketika saat si bidadari berhenti meraung.Berkuntum-kuntum senyuman diberikan dengan ikhlas oleh si bonda dan ayahanda kepada si bidadari mereka.
Mendengar laungan 'iqamah berhenti,tangisan berlalu,dan hela tawa silih berganti,muncul seorang putera kacak dan seorang puteri cantik di sebalik langsir biru bilik itu.Kehadiran mereka tidak memeranjatkan sesiapa pun yang ada di situ malah dipelawa kanak-kanak kecik tersebut untuk bersama-sama melihat anugerah tuhan yang berharga ini.gelak tawa kanak-kanak ini dengan kehadiran seorang lagi puteri dalam kehidupan mereka semakin memunjak apabila sang puteri semakin galak menangis sampai si ayahanda mengusir kakanda dan adinda keluar dari kamar buat seketika sehingga semuanya selesai sempurna

Puteri kedua keluarga yang berasal dari pantai timur hulu terengganu ini telah ditetapkan namanya sebagai "NURUL FARAH HANIM" yang mempunyai maksud yang sangat menyenangkan semua pihak iaitu "CAHAYA KESENANGAN KEGEMBIRAAN".sebuah nama yang cukup sempurana.5march1994 adalah tarikh yang cukup besar bagi keluarga ini.

Masa kelahiran yang sama seiring dengan azan maghrib telah menunjuk tanda-tanda  bahawa sang puteri adalah seorang yang sangat manja namun sering bergambira.Tiada kelihatan sedih pada wajahnya kerna sang puteri sangat pandai menyembunyikannya.Sifat lemah lembut,sopan santun,peramah dan kecantikannya sering dibualkan semua 'rakyat jelata' namun kepastiannya belum dapat dinyatakan berikutan kedewasaannya masih belum kelihatan.


~lol~!@penantian episod 2 Pengenalan kepada tuan log~